BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, February 2, 2011

Nukilan Cinta Pertama..

           Aku turun dari bas sambil menyandang beg yang sarat dengan buku-buku ilmiah dan menjinjing beg pakayan ku. perjalanan dari Shah Alam ke Larkin sangat meletihkan. Adif yang berdiri dibelakangku dijeling sekilas. Bukannya nak membantu aku yang memikul beban berat dibahu ini, malah lelaki itu dengan selambanya mengejekku kerana cuti-cuti berginipun masih memikirkan soal universiti.
           Kami menuju kearah sebuah kereta. Iqram dan Haris sudah menunggu. Iqram, rakan baikku sejak dibangku sekolah lagi, kini sedang menuntut di UTM, Skudai. manakala Haris, di UTHM, Batu Pahat. Semasa mendapat panggilan masuk ke universiti, aku dan Adif galak mentertawakan mereka. "Hahaha..duduklah kat Johor ni sampai ke anak cucu!" kata ku dengan tawa yang tak terathan lagi. Namun bagi mereka itu lagi menyeronokkan. Selain dekat dengan keluarga, mereka juga boleh balik ke rumah apabila ada masa lapang. Tidak seperti aku dan Adif, berkampung di UiTM, Shah Alam. Untuk balik ke kampung halaman, terpaksa menaiki bas, dalam tiga atau empat jam kemudian, barulah tiba ke destinasi.
            "Makan dululah," suara Adif menyentakkan aku dari lamunan. Terus kami ke restoran berdekatan untuk mengalas perut. Sepanjang perjalanan tadi, aku tidak menyentuh apa-apa makanan, walaupun bas berhenti di R&R Seremabn dan Air Keroh. Selesai menjamu selera, kami pulang kerumah masing-masing.
           Dahiku sedikit berkerut melihat sebuah kereta melihat sebuah kereta diparkir betul-betul dihadapan pintu pagar rumahku. Seingatku tidak pernah melihat kereta ini. Memandangkan ini adalah kepulangan mengejutku, pelahan-lahan aku mengetuk pintu utama yang sememangnya sedang terbuka luas seolah-olah menunggu kehadiran aku. "Assalamualaikum," sapaku.
          "Waalaikumsalam," sahut mereka serentak sambil mengalihkan pandangan kepadaku. Aku hanya tersenyum melihat wajah terkejut ditampang ibu dan bapaku. Dengan penuh hormat, aku menyalami tangan kedua orang tuaku. Aku turut menghulurkan tangan kepada sepasan suami isteri yang merupakan tetamu dirumahku. Baru aku sedar ada seorang lelaki kacak yang berusia sekitar awal 20-an. Kami berbalas pandangan sebelum senyuman terukir dibibir masing-masing.
          Aku turut menyertai mereka diruang tamu.Baruku tahu rupa-rupanya pasangan suami isteri itu adalah kawan baik ibu, bapaku. Daripada perbualan mereka, hanay aku dan 'lelaki kacak' itu yang tidak mencelah. Serba sedikit aku tahu tentang 'lelaki kacak' itu. Umurnya atas dua tahun daripadaku iaitu, 21 tahun. Dia seorang mahasiswa di UM.
         Malam itu, aku melepaskan rindu kami sekeluarga. Sambil itu, aku mengeluarkan laptop kesayanganku yang dihadiahkan oleh bapaku atas kejayaan aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Facebook adalah pekara wajib bagiku setiap malam. Dan malam itu juga, 'Lelaki kacak' itu 'add' aku di facebook, sebagai rakan. Tanpa banyak berfikir aku 'approve'. Lagi bahagia, kami terus ber'chatting'. Dalam perbualan panjang kami itu, kami sempat bertukar nombor telefon.




HATIKU MULA TERUSIK..
         Sudah hampir tiga bulan kami berkenalan. Si dia lelaki yang sangat memahami diriku. Sejujurnya dialah lelaki pertama yang berjaya mencuri hatiku. Sebelum ini, aku rapat dengan ramai lelaki. Lihat sahaja diawal kisahku, watak kawan-kawanku semuanya lelaki. Namun tidak pernah terusikpun hatiku untuk bercinta. 'Terlalu memilih' mungkin itulah diriku.
         Pada suatu malam, au dihubungi olehnya. Dia di kampusnya, aku di kampusku. Ah, seorang bakal doktor menghubungiku, desisku dengan senyuman yang mula terukir indah dibibir. Lama kami berbual, sehinggalah sebaris ayat keramat diluahnya. "Kalau Medina sudi terima Feeraz, Raz dah tak minta apa-apa dalam hidup ni, selain hubungan cinta kita kekal hingga akhir usia Raz," Itulah yang diluahkannya. Perasaanku tika itu bercampur baur. Sebak, terharu, gembira, malu, bercampur menjadi satu. Walaupun ini bukan pertama kali lelaki menyatakan cinta kepada ku, namun inilah pertama kali aku menerima luahan cinta seorang lelaki.
         Sejak dari itu, perhubungan kami bertambah erat. Walaupun sibuk dengan kuliah, dia sentiasa ada masa untuk mendengar segala ceritaku. Dalam diam, aku memanjatkan rasa syukur yang teramat kepada ALLAH, kerana menemukan aku dengannya. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh. Ketika aku balik ke rumah dengan mengejut itu, mungkin ALLAH telah gerakkan hatiku untuk bertemu dengannya.
          Kadang kala, Adif merungut juga dengan diriku yang sudah tidak mempedulukannya. "Med, kau ni sejak couple dengan Feeraz tu, dah jarang nak lepak dengan aku. Apa best sangat ke mamat tu?" tanya Adif dengan muka yang masam mencuka. Aku hanya mendengar sahaja bebelan mamat tiga suku itu. Dia segala-galanya bagi aku, tidak ada pekara yang membosankan ketika bersamanya.
          Enam bulan berlalu hubungan kami semakin erat. Hubungn ini diketahui oleh kedua-dua belah pihak. Mereka merestui hubungan kami. Feeraz bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland. Selepas pulang, kami akan disatukan. InsyALLAH buat selamanya.=)
          Hari itu, merupakan hari ulang tahunnya. Minyak wangi dan wallet ku hadiahkan untuknya. Aku selitkan sekeping gambar didalam wallet pemberianku itu, semoga wajahku akan menemani hari-harinya walau diamana dia berada. Dia membuat satu permintaan iaitu, aku dimintanya untuk menyanyikan lagu untuknya. Mungkin sengaja membalas dendam, kerana dihari ulang tahun hari lahirku, aku memintanya menanyikan lagu 'My Baby You'. Dalam malu, aku akur juga. Lagu 'Cinta Sempurna' menjadi pilihanku.
        Selepas menjamu selera, dia mengucapkan terima kasih dan katanya dia semakin percaya bahawa hatinya untukku sahaja. Seorang gadis bertembung dihadapan kami semasa keluar dari restoran. Gadis itu melemparkan senyuman. Entah pada siapa, aku tak tahu. Namun tanpa sengaja, Feeraz membalas senyuman gadis manis itu. Hatiku sedikit terguris. Mungkin rasa cenburu menguasai diri. Namun, cepat aku tersedar.Itu adalah haknya. aku tidak patut berasa cemburu. Aku harus matang!  
        Feeraz memandang ku yang sedang mencuka. "Merajuklah tu," usiknya. "Listen here, Medina. Apa salahnya akalau Raz balas senyuman dia? Senyumankan satu sedekah?Janagn risau, sayanag. Raz tak kenal dia. Normallah tu, perempuan kalau nampak lelaki handsome macam Feeraz ni, mulalah mata dia macam kena paku. Macam Di jugak, kalau namapak mamat macho lalau depan mata, automatic lupa yang Feeraz ada kat sebelah," pujuknya dengan suara yang lembut.
          Pada hujung minggu itu, aku dan Feeraz pulang ke Johor membantu menguruskan majlisperkahwinan abangku. Kami turut menyertai abangku dan tunangnya untuk mencari barang hantaran. Aku dapat melihat perubahan mood Feeraz sejak dari Pudu lagi. Sepatah ku bertanya, sepatah lelaki itu jawab. Kadang-kadang dia langsung tidak mengendahkan kata-kataku.
          Namun aku tidak ambil kisah. Feeraz...bergitulah orangnya. Mungkin dia ada masalah. Bagiku jika dia ingin bercerita, aku sedia mendengar. Tetapi, sedah banyak kali aku bertanya, dia hanya menggeleng. Daripada aku dimarahinya, lebih baik aku 'zip' je mulut ni.
           "Raz jangan lupa datang weeding abang tau. Kalu tak datang, Di mogok!" ugutan itu juga tidak dipedulikan. Sekali lagi aku tidak kisah. Bagiku tidak perlu dirisaukan Feeraz pasti datang ke majlis besar keluargaku itu. Bukankah dia juga bakal menjadi sebahagian dari keluarga kami?
            Sedih? Ya, aku sangat sedih apabila Feeraz tidak kunjung tiba pada majlis itu. Hanya keluarganya sahaja datang. Aku sendiri tidak tahu samada waktu itu Feeraz berada di Johor atau kampusnya. Teruk aku dimarahi oleh Adif, Haris dan Iqram, kerana tidak menunaikan janji untuk mengenalkan kekasihku itu kepada mereka. Peduli apa aku dengan leteran mereka bertiga, yang aku kecewakan ini adalah Feerazku tidak menepati janjinya ke majlis abangku.
             Isu Feeraz tidak datang ke majlis abangku tempoh hari, senyap bergitu sahaja. Aku yang mengharapkan pujukkan darinya, akhirnya aku sendiri yang terpaksa memujuk diriku sendiri.  Malam itu aku menghantar mesej kepadanya. Hampir satu bulan kami tidak berhubung.
                
                          'Feeraz, doakan Di okey? Esok Di exem! Love you =)'
            
                Itulah SMS yang aku kirimkan kepadanya. Mesej yang ringkas bergitupun dia tak sudi balas. Dua minggu berlalu, tidak ada satu khabarpun daripada Feeraz. Setiap detik aku merinduinya. Namun, aku ada maruah yang harus dijaga sebagai seorang wanita! Tidak akan aku rendahkan maruahku semata-mata untuk memujuk orang yang sudah melupakan diri ini. Tidak sama sekali!!!
               Sedang aku mengulang kaji bersama Adif bagi menduduki peperiksaan yang merupakan kertas terakhir, aku mendapat panggilan daripada Feeraz. Ya ALLAH.. gembiranya aku saat itu. Hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui. Dengan nada yang ceria, aku menjawab panggilan itu.
               "Medina, Feeraz minta maaf, mungkin Medina tertunggu-tunggu panggilan dari Feeraz selama ini. Feeraz rasa inilah waktu yang sesuai untuk Feeraz beritahu. Selama ini, Feeraz memang menyayangi Medina, tapi Feeraz tak sedar yang perasaan sayang itu hanya sekadar sayang. Perasaan itu hanya berhenti setakat itu sahaja, bukan cinta seperti yang Feeraz sangkakan. Maafkan Feeraz, Medina. Feeraz dah pun temui gadis yang benar-benar Feeraz cintai. Dirinya jauh lebih baik dari Medina," luah Feeraz tanpa jeda. '...dirinya jauh lebih baik dari Medina,' Apakah yang cuba disampaikannya? Selama ini, tiada lelaki yang lebih baik dari Feeraz aku jumpai. Tegarnya lelaki itu mengatakan bergitu kepadaku.
              Adif mengangkat wajahnya apabila setitis air mataku jatuh diatas bukunya. Tangisan tanpa suara. Dahinya mula berkerut. Tanpa banyak bicara, aku mematikan telefon bimbitku. Buku-buku dimasukkan kedalam beg dan aku belari kebilik meninggalkan Adif yang terpingga-pingga sendiri. Feeraz, tahukah engkau bertapa hancurnya hatiku ketika ini? Bertapa aku amat menyayangi engkau dan takut pada perpisahan ini? Kau tahu kau adalah lelaki pertama yang bertakhta dihati ini, tetapi kenapa bergitu tegar kau menyakitiku? Kenapa?? Aku menjerit sekuat-kuat hatiku.
             Aku segera ke bilik air. Mengambil wuduk dan bersolat, memohon agar kekecewaan ini segera sirna. Sekurang-kurangnya sehingga selepas aku menghadapi kertas akhir. Tidak mungkin hanya kerana seorang lelaki, aku rela menghancurkan masa depanku, apatah lagi lelaki yang sudah memutuskan perhubungan cinta antara kami. Dekan! itulah targetku.
             Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Aku selamat menduduki kertas akhir.Teguran Adif langsung tidakku endahkan. Seperti biasa aku membuka laman sosialku, facebook. Aku taip nama penuhnya, beberapa saat kemudian, wajahnya yang sedang tersenyum memandangku menyapa mata. Aku turut tersenyum seolah membalas senyumannya. Namun senyumanku mati sebaik sahaja membaca 'statusnya'. 'Rindu pada Ilyana..miss you my sweet heart!'. Segera aku 'klik' pada nama gadis itu. Alangkah terperanjatnya apabila, gadis bernama Ilyana itu adalah gadis yang tersenyum pada Feeraz ketika kami bersama menyambut ulang tahunnya. Feeraz..sampainya hati kau.. Sekali lagi empangan mataku pecah. Dan kali ini tak mampu berhenti lagi.
           Ya, aku tahu. Aku jauh berbeza dengan gadis manis ini.Gadis ini berpewatakkan lemah lembut, sedangkan aku? Kasar! rupapun tidak seayu gadis yang bernama Ilyana itu.


TINGGAL KENANGAN..
           
 (4 Tahun Kemudian)

             "Med, kau okey tak ni?" soal Adif. Dia terus menuju ke kaunter. Beberapa minit kemudian, seorang jururawat menyeru namaku. "Nak aku temankan?" tanaya Adif. Aku hanya menggeleng. Aku melangkah dengan lemahnya masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Jururawat itu terus membantuku berjalan. 
             "Cik sakit apa?" soal doktor lelaki dihadapan ku. Aku menggeleng lemah. "Demam?" soal doktor itu lagi. Aku masih menunduk. Kepala ini akan berpinar-pinar apabila mataku terbuka. Doktor itu terus mengangkat daguku. "Medina?" terperajat dengan teguran itu, aku mengamati wajah doktor muda dihadapan ku. 'Ya ALLAH, Feeraz!' desisku dengan mata yang terbuka besar. 'Tapi, bukankah dia sekarang di Ireland?' desisku lagi. Sudah empat tahun kami tidak berjumpa dan bertukar khabar. Selama itu jugalah aku belajar untuk melupakannya.
              Tiba-tiba aku dapat rasakan satu keajaiban . Demamku kebah dan pening kepalaku lenyap bagai ditelan oleh renungannya.  "Di, Ya ALLAH..Medina ke ni?" suara garau itu terus-terus menyentak hatiku. Di? nama itu adalah nama manja untukku yang digunakan olehnya. Hanya dia seorang sahaja yang memanggil ku dengan nama itu. "Di, you know how much I miss you, sayanag? Kenapa tukar phone number? Separuh gila Raz cari Di," luahnya tiba-tiba. Aku bagaikan terpaku dengan kata-kata cinta itu. Namun segera aku sedar, aku bangkit dari kerusi untuk berlalu.
             "Di, tunggu! Raz tahu Di kecewa dengan Raz. Tapi, percayalah cakap Raz, Raz langsung tak bermaksud untuk meninggalkan Di. Cinta Raz hanya untuk Di, sampai bila-bila,"
            "Tak payahlah awak nak buat-buat yang awak cintakan saya. Bukan ke dulu awak cakap hati awak bukan untuk saya? Mana Ilyana awak?" sinis kata-kata Medina, menyentakkan Feeraz. "Awak kenal?" soal Feeraz dengan dada yang berdebar-debar. Tiada jawapan dari Medina.  Dia terus melangkah keluar dari bilik pemeriksaan itu. Langkah Feeraz terhenti sebaik sahaja melihat seorang lelaki mendapatkan ku. Kami beriringan keluar dari kawasan klinik, meninggalkan Feeraz dengan seribu tanda tanya dibenak.
              "Macamana? ada kurang?" soal Iqram yang sedang menunggu dikereta bersama Haris. Aku hanya tersenyum. Lelaki bagiku sesuai untuk dijadikan kawan, sukar untuk menerima mereka sebagai kekasih, takut hati ini dilukai lagi. Jodohku? biarlah ALLAH yang menentukan.

0 comments: